eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Saturday, 20 July 2013

Masalah Vs Problems

Assalamua'laikum

Dear sahabat. Mengapa kau berubah? Aku sedih melihat kau jauh berubah. Aku kenal kau yg dulu. Bukan yang sekarang. Aku tahu kau kecewa dengan kakak angkat mu yang sorang tu. Tapi seharusnya kau berfikiran positif. Mungkin kakak angkat mu tidak punyai banyak masa untuk bersama dengan mu. Positif lah wahai sahabat. Jangan lah salahkan dia sepnuhnya. Ya, mungkin silapnya ketika dia lepaskan kau perlahan, dia menganggap yang kau boleh berdiri sendiri. Sahabat, aku tak mampu untuk menegurmu. Aku tak mampu untuk mengubahmu sebagaimana kakak angkat mu mengubahmu. Aku hanya mampu berdoa. Semoga Allah memberikan hidayah kepadamu. Semoga Allah membuka mata dan hatimu. Sedarlah wahai sahabat. 

Aku minta maaf kerana aku terlalu lemah untuk menegurmu. Bukan niatku untuk mencampuri urusan mu. Tapi aku takut dengan apa yang kau buat, aku terkena tempias sekali. Mungkin aku dikira bersubahat di akhirat sana nanti. Berubah lah kembali wahai sahabat. Aku takut pada dosa. Dosa ku sendiri menggunung. Apatah lagi menanggung dosamu yg mungkin aku dikira bersubahat. Allah melaknat segala tindakanmu. Sedarlah. Aku nak masuk syurga bersama2 sahabat2 ku.

Ya Allah, bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalanMu. Berikan lah hidayah Mu kepadanya. Kau perkenankanlah doa2 ku. Amin.

Aku sedih sahabat. Jika kau mengasihani aku, jika kau menyayangi ku sebagai sahabat mu, tolonglah sahabat mu ini. Semoga Allah permudahkan segalanya.

May Allah Bless

Friday, 5 July 2013

In Class

Assalammu'alaikum

This week dah start kelas. Technically last week. But I prefer this week coz this week the TEACHING AND LEARNING is started. haha. Ingat2 balik macam kelam kabut jep. Funny. First, final project. Like crazy to think what to do. My group have 7 topics to purpose to our supervisor. Unfortunately, our topics did not get approval. Our supervisor want us to do case study. Case study?Hmm. It's okay to me because not everyone do this kind of topic. The problem here is, what case we want to study? The supervisor need us to prepare 6 topic each and everyone of us. Erk?! (_ _ )" MASAK!!!! Next week, Friday (12/7/2013)!!

Next, the class just fine. But not for me coz in the mood of holiday. Lazy. haha. Each class i will sleepy. Maybe to boring or not in the mood to study. I've this one class. Design class. First its really bored. Nasib baiklah tak ada final exam. If not, I'm DEAD! Then, I started to love it coz it's have calculation. The 'best' part is, meja akan berterabur or in other word, penuh macam xcukup meja. Kelam kabut sebab ada dua buku kene buat rujukan. Crazy. Nut. haha.





If this I need to sacrifice for being and engineer, I will do this. I will. This is my dream. Kalau masuk final exam ni, harus lah jadi subject paling killer. Jalan kerja dia panjang sangat. Ada lah dalam 2 - 3 paper. Ni baru first topic. Tak tahu lah topic lain. (_ _ )"

Uhh. Another subject is killer to. Structure analysis. Like Mechanic Engineering subject in Sem 2. In sem 2, blaja benda basic. This subject more advance. ERK!! haha. Tak apa. Ada minat. Boleh buat. Insya' Allah. Semoga Allah permudahkan urusanku dan permudahkan jalanku untuk capai cita-citaku. Hopefully I will survive and graduate on time. Can't wait untuk sambung ke degree. Insya' Allah.

May Allah Bless

Tuesday, 2 July 2013

Bermusuh, Dendam, Kutuk-Mengutuk

Assalamualaikum

Uik, tengok tajuk pun dah rasa macam apa je kan. ahaks. Takde lah. Saja wujudkan entry ni sebab kan, orang keliling aku nie semua macam berdendam or macam tak puas hati saja. Same goes to me. But I want to control this anger, dendam or what so ever yang berkaitan.

Penat taw nak control perasaan ni semua. Walaupun kita dah lepaskan marah tu kat orang kita marah or dendam, Kita still rasa sakit. Tawu mana datang sakit tu? Sakit yang diri sendiri buat. Cari nahas. Kan? ahaks.

Dalam Islam pun tak suka orang bermusuhan, berdendam or what so ever yang berkaitan. Benda ni semua penyakit 'Setan'. Kalau kita marah or berdemdam or what so ever, 'Setan' tu mesti la melompat2 terkinja2 sebab mampu or boleh buat anak cucu adam ni bercakaran sesama sendiri.

So marilah kita sama2 kontrol semua perasaan yang negatif supaya kita boleh hidup secara sihat dan aman sentosa. Tak payah berdendam bagai ni. Buat sakit diri sendiri balik buat apa kan. Lantak dia lah nak buat apa pun kat kita kan. Allah tak turunkan ujian kepada hambanya yang tak mampu untuk pikul. Janji Allah itu pasti untuk orang2 yang bersabar. Insyaallah.

p/s: Puasa nak dekat. Persiapan macam mana. (^_^)

May Allah Bless

Wednesday, 26 June 2013

#1 Review

Assalamualaikum

Entry nak saya nak tulis pasal apa saya baca on paper this late evening. Pasal kes pencerobohan dekat Lahad Datu dulu. Nak tanya korang, korang sayang tak country kita? Mesti sayang kan? Lepas tu, korang nak ke Amerika jajah kita? Nak ke jadi macam zaman penjajah dulu? Mesti tak nak kan.

Sedih. itu yang saya baca artikel tu. Tajuk dia 'Bocor Maklumat kepada musuh' from harian metro. Ini sikit petikan dr artikel tu.

"Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, Koperal Hassan Ali Basari memaklumkan kepada Datu Amirbahar Kiram mengenai rancangan pihak berkuasa Malaysia menyerbu lokasi pengganas selepas perbualan antara ‘Menteri Pertahanan’ itu dengan Raja Agbimuddin Kiram berjaya dipintas."

 Koperal kot. Tak malu. bocor maklumat rahsia negara dekat musuh. patut la lama orang Sulu tu duduk kat sini. La hai. Berape la kene suap tu agaknya ye? Artikel nie adalah dalam mahkamah diantara peguam dan saksi tu. It's a dialog. Saksi nie kerja dekat Cawangan Khas Bukit Aman, KL. Kerja dia ni buat pintasan komunikasi dan buat terjemahan kalau perlu lah. Lepas tu faham bahasa 3 bahasa termasuk bahasa Sulu lah.

Peguam tanya2 dan ada dua tiga rakaman yang dah diproses or dah dibuatkan report la, dia baca. ada satu rakaman nie buat bulu roma aq naik. Part dalam rakaman tu macam ni, " USA memang mahu menghancurkan negara kita yang sedang meningkat maju." Uhh.. USA kot. Bukan nak kata takut. Takut tapi xdelah melebihi dr takukan Allah. Bayangkan negara kita huru hara. Uhh, teruka nye lah. Sedih. Kenapa la orang sekarang tak nak fikir baik buruk. Macam suka sangat hidup dalam huru hara. Tak suka eh duduk dalam keadaan aman sentosa nie ye.?

Bersyukur lah kita sebab negara kita bebas dan tak ditawan or dijajah mana2 pihak pun. Kan elok macam ni sampai bila2. Korang ingat buat perhimpunan tu semua boleh jamin ke korang selamat? Boleh dapat hak korang tu? Think wisely. Janji2 kita pun mesti la kene pebuhi. Kalau tak munafik orang tu. Kalau dia pemimpin, tu pemimpin munafik lah tu. Tak penuhi Janji dia kepada rakyat. Rakyat sekarang pun, ada pemimpin dah tolong kita dr segi kewangan, dr segi sara hidup, kenapa nak bangkang2 bagai? Kalau tak puas hati, buat something like petisyen ke, surat bantahan ke apa ke. Guna saluran yang betul. Kalau tak jalan pe yang dibuat, Try and keep trying. Kalau Allah nak tolong kita, Allah akan tolong kita. Insyaallah. Fikir lah yang positif.

Anak2 muda sekarang pun semakin kurang ajar dan kurang adab sopan kan. Ini lah penyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan negara kita. Panas baran. kontrol sikit. bukan susah pun. Guna je "Istighfar" kan senang je.

Hmm. Fikir2 kan lah. Selalu fikir positif. Bukan nak fikir negatif je. Lepas tu fikir balik, apa yang kita buat segala bagai huru hara tu selamat ke negara? Adalah musuh dalam selimut kita or duri dalam daging yang tggu masa je nak bagi maklumat dan buka laluan masuk ke negara kita macam lelaki yang dah bocorkan maklumat negara kita nie dekat Sulu. Renung2kan lah.

May Allah Bless

Sunday, 23 June 2013

Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:


"Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.


Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


p/s: perkongsian sesama kita. Insyaallah berguna untuk manambah amalan2 sunat kita. 

sumber: facebok jom berdakwah di fb
sumber gambar: facebook che man (papa)

Friday, 21 June 2013

Jerebu

Assalamualaikum

Uik, nak share sikit pasal.tindakan apa kita perlu buat ketika jerebu. Aku tengok berita, jerebu makin teruk terutama dekat Johor nun. IPU pun dah lebih 300. Jumlah sekolah yang tutup pun makin meningkat. Aih, seronok le tu adik2 kecik yer. Cuti2 time cam nie. Dah cuti tu, tak payoh ler keluor nak merayap yer. dudok jer kat rumah tu. Nanti sakit, susah pulak. Hmm, ini pulak jerebu dah sampai masuk bangunan dah. Teruk bebenor le tu. Erm, moga2 cepat beransur 'sembuh' yer Johor.

Okay anak2. Sekarg apa yang kita perlu buat ketika musim jerebu nie okay. Stay safe okay.



sekian yer. harap2 bermanfaat la yer.

May Allah Bless.

Tuesday, 11 June 2013

Ubat Ketika Sedih

Assalamualaikum.

Uiks. Lama tak update. Bukan malas tapi tak ada mood larh. Si Aizat lah. Dia tengah Final Exam. So fokus giler dia study. Tak de ruang langsung kat aku nie. Dah kene tinggal 2 minggu dah nie. Sedihnya. Paling sedih sekali, last day tu dia suruh aku top up. Tapi bila aku dah top up dia tak nak aku ganggu dia pulak. Kalau aku tawu macam ni, baik aku xpayah top up. Top up RM 10 lak tu. Dah la duk rumah nie kene berjimat cermat. RM 10 tu. Dengan orang yang susah macam aku ni, boleh lah aku beli macam2. macam ikan bilis ke, telur satu sarang pun lepas. Hurm. Lain kali malas la top up. Setiap kali Top up mesti dia xnak layan aku pun. Sedihnya.

Bab sedih2 ni kan, ada la ubat dia. Kalau macam atas nie boleh kata sedih tahap tak ingat jugak la sebab sampai setan pun boleh hasut aku supaya asyik marah2. aku xbleh kontrol. Pastu setan hasut aku suruh malas2 lagi. Memang la aku malas2 nak ibadat dengan kerja rumah pe semua. Sal ibadat tu, sku ngah cuti. So senang la makhluk Allah yg satu nie hasut aku. Sal keje rumah. Entah la. Asyik malas je.

Ubat untuk sedih ni senang je. Tiap2 hari boleh baca. Tiap2 hari, masa dan saat boleh amal. Bacalah surah Yassin. Berkesan beb. Best tahap gaban. Sebab pe? Sebab baca mula2 je tersedu2 lagi. Dah lama sikit, oke dah. Pastu baca la sampai habis. Dah habis tu. Rase tenang je. Kalau tak tenang jugak, baca lagi sampai tenang. Niat dalam hati nak tenangkan jiwa. Redakan kesedihan yang ada. Insyaallah berkesan. Ni baru surah Yassin. Belum lagi al-Quran. Try lah. Lagi best kalau baca skali dengan tafsir dia sekali. Insyaallah.

Lepas tu, masa time tengah busy memang tak ingat kisah menyedihkan tu kan. Oke la tu. Tapi kalau teringat jugak, sambil2 Buat kerja tu ke apa ke, BERZIKIR lah. Tenang je. Pahala dapat, tenang pun dapat. Bila kita berzikir ni, Kita kusyuk je. So automatik la kita lupakan benda tu. Ahh, solat pulak jangan tinggal. Lepas solat berdoalah sesungguh-sungguhnya. Insyaallah dimakbulkan.

Sebenarnya kan, kalau kita amal selalu semua ni, insyaalah akan tenang. Insyaallah kesedihan yang dialami tu hilang. Tinggl parut nya. Ahh, kalau dah buat semua ni, jangan berhenti pulak. Continue jer. Jangan la jadi manusia yang bila susah cari Allah, Kalau dah senang tu lupakan aje. Ingat pepatah tu untuk kawan je ke. So, continue what we have did till the end. Kalau boleh jangan berhenti. Kan pahala. Sape tak nak pahala kan.

Okay lah. Dah banyak 'membebel' ni. Harap2 apa yang dibebelkan buatlah yer. Terimalah dengan hati terbuka. Insyaallah.

May Allah Bless