eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Wednesday 26 June 2013

#1 Review

Assalamualaikum

Entry nak saya nak tulis pasal apa saya baca on paper this late evening. Pasal kes pencerobohan dekat Lahad Datu dulu. Nak tanya korang, korang sayang tak country kita? Mesti sayang kan? Lepas tu, korang nak ke Amerika jajah kita? Nak ke jadi macam zaman penjajah dulu? Mesti tak nak kan.

Sedih. itu yang saya baca artikel tu. Tajuk dia 'Bocor Maklumat kepada musuh' from harian metro. Ini sikit petikan dr artikel tu.

"Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, Koperal Hassan Ali Basari memaklumkan kepada Datu Amirbahar Kiram mengenai rancangan pihak berkuasa Malaysia menyerbu lokasi pengganas selepas perbualan antara ‘Menteri Pertahanan’ itu dengan Raja Agbimuddin Kiram berjaya dipintas."

 Koperal kot. Tak malu. bocor maklumat rahsia negara dekat musuh. patut la lama orang Sulu tu duduk kat sini. La hai. Berape la kene suap tu agaknya ye? Artikel nie adalah dalam mahkamah diantara peguam dan saksi tu. It's a dialog. Saksi nie kerja dekat Cawangan Khas Bukit Aman, KL. Kerja dia ni buat pintasan komunikasi dan buat terjemahan kalau perlu lah. Lepas tu faham bahasa 3 bahasa termasuk bahasa Sulu lah.

Peguam tanya2 dan ada dua tiga rakaman yang dah diproses or dah dibuatkan report la, dia baca. ada satu rakaman nie buat bulu roma aq naik. Part dalam rakaman tu macam ni, " USA memang mahu menghancurkan negara kita yang sedang meningkat maju." Uhh.. USA kot. Bukan nak kata takut. Takut tapi xdelah melebihi dr takukan Allah. Bayangkan negara kita huru hara. Uhh, teruka nye lah. Sedih. Kenapa la orang sekarang tak nak fikir baik buruk. Macam suka sangat hidup dalam huru hara. Tak suka eh duduk dalam keadaan aman sentosa nie ye.?

Bersyukur lah kita sebab negara kita bebas dan tak ditawan or dijajah mana2 pihak pun. Kan elok macam ni sampai bila2. Korang ingat buat perhimpunan tu semua boleh jamin ke korang selamat? Boleh dapat hak korang tu? Think wisely. Janji2 kita pun mesti la kene pebuhi. Kalau tak munafik orang tu. Kalau dia pemimpin, tu pemimpin munafik lah tu. Tak penuhi Janji dia kepada rakyat. Rakyat sekarang pun, ada pemimpin dah tolong kita dr segi kewangan, dr segi sara hidup, kenapa nak bangkang2 bagai? Kalau tak puas hati, buat something like petisyen ke, surat bantahan ke apa ke. Guna saluran yang betul. Kalau tak jalan pe yang dibuat, Try and keep trying. Kalau Allah nak tolong kita, Allah akan tolong kita. Insyaallah. Fikir lah yang positif.

Anak2 muda sekarang pun semakin kurang ajar dan kurang adab sopan kan. Ini lah penyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan negara kita. Panas baran. kontrol sikit. bukan susah pun. Guna je "Istighfar" kan senang je.

Hmm. Fikir2 kan lah. Selalu fikir positif. Bukan nak fikir negatif je. Lepas tu fikir balik, apa yang kita buat segala bagai huru hara tu selamat ke negara? Adalah musuh dalam selimut kita or duri dalam daging yang tggu masa je nak bagi maklumat dan buka laluan masuk ke negara kita macam lelaki yang dah bocorkan maklumat negara kita nie dekat Sulu. Renung2kan lah.

May Allah Bless

Sunday 23 June 2013

Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:


"Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.


Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


p/s: perkongsian sesama kita. Insyaallah berguna untuk manambah amalan2 sunat kita. 

sumber: facebok jom berdakwah di fb
sumber gambar: facebook che man (papa)

Friday 21 June 2013

Jerebu

Assalamualaikum

Uik, nak share sikit pasal.tindakan apa kita perlu buat ketika jerebu. Aku tengok berita, jerebu makin teruk terutama dekat Johor nun. IPU pun dah lebih 300. Jumlah sekolah yang tutup pun makin meningkat. Aih, seronok le tu adik2 kecik yer. Cuti2 time cam nie. Dah cuti tu, tak payoh ler keluor nak merayap yer. dudok jer kat rumah tu. Nanti sakit, susah pulak. Hmm, ini pulak jerebu dah sampai masuk bangunan dah. Teruk bebenor le tu. Erm, moga2 cepat beransur 'sembuh' yer Johor.

Okay anak2. Sekarg apa yang kita perlu buat ketika musim jerebu nie okay. Stay safe okay.



sekian yer. harap2 bermanfaat la yer.

May Allah Bless.

Tuesday 11 June 2013

Ubat Ketika Sedih

Assalamualaikum.

Uiks. Lama tak update. Bukan malas tapi tak ada mood larh. Si Aizat lah. Dia tengah Final Exam. So fokus giler dia study. Tak de ruang langsung kat aku nie. Dah kene tinggal 2 minggu dah nie. Sedihnya. Paling sedih sekali, last day tu dia suruh aku top up. Tapi bila aku dah top up dia tak nak aku ganggu dia pulak. Kalau aku tawu macam ni, baik aku xpayah top up. Top up RM 10 lak tu. Dah la duk rumah nie kene berjimat cermat. RM 10 tu. Dengan orang yang susah macam aku ni, boleh lah aku beli macam2. macam ikan bilis ke, telur satu sarang pun lepas. Hurm. Lain kali malas la top up. Setiap kali Top up mesti dia xnak layan aku pun. Sedihnya.

Bab sedih2 ni kan, ada la ubat dia. Kalau macam atas nie boleh kata sedih tahap tak ingat jugak la sebab sampai setan pun boleh hasut aku supaya asyik marah2. aku xbleh kontrol. Pastu setan hasut aku suruh malas2 lagi. Memang la aku malas2 nak ibadat dengan kerja rumah pe semua. Sal ibadat tu, sku ngah cuti. So senang la makhluk Allah yg satu nie hasut aku. Sal keje rumah. Entah la. Asyik malas je.

Ubat untuk sedih ni senang je. Tiap2 hari boleh baca. Tiap2 hari, masa dan saat boleh amal. Bacalah surah Yassin. Berkesan beb. Best tahap gaban. Sebab pe? Sebab baca mula2 je tersedu2 lagi. Dah lama sikit, oke dah. Pastu baca la sampai habis. Dah habis tu. Rase tenang je. Kalau tak tenang jugak, baca lagi sampai tenang. Niat dalam hati nak tenangkan jiwa. Redakan kesedihan yang ada. Insyaallah berkesan. Ni baru surah Yassin. Belum lagi al-Quran. Try lah. Lagi best kalau baca skali dengan tafsir dia sekali. Insyaallah.

Lepas tu, masa time tengah busy memang tak ingat kisah menyedihkan tu kan. Oke la tu. Tapi kalau teringat jugak, sambil2 Buat kerja tu ke apa ke, BERZIKIR lah. Tenang je. Pahala dapat, tenang pun dapat. Bila kita berzikir ni, Kita kusyuk je. So automatik la kita lupakan benda tu. Ahh, solat pulak jangan tinggal. Lepas solat berdoalah sesungguh-sungguhnya. Insyaallah dimakbulkan.

Sebenarnya kan, kalau kita amal selalu semua ni, insyaalah akan tenang. Insyaallah kesedihan yang dialami tu hilang. Tinggl parut nya. Ahh, kalau dah buat semua ni, jangan berhenti pulak. Continue jer. Jangan la jadi manusia yang bila susah cari Allah, Kalau dah senang tu lupakan aje. Ingat pepatah tu untuk kawan je ke. So, continue what we have did till the end. Kalau boleh jangan berhenti. Kan pahala. Sape tak nak pahala kan.

Okay lah. Dah banyak 'membebel' ni. Harap2 apa yang dibebelkan buatlah yer. Terimalah dengan hati terbuka. Insyaallah.

May Allah Bless

Thursday 6 June 2013

Yuran Pengajian

Apakah? ahaks. Sengal la. Bukan ke procedure dia kene minx ic pe jadah semua tu. Takkan lah salah pelanggan. Bank nie baru lagi nie. Xkan la xtawu procedure tu semua. Aq g kat bercham tu asenya dia minx ic aq sbb aq cakap nak bayar yuran POLITEKNIK!. Xkan la bank nie xtawu kot procedure tu. Nak slahkan aq ke?

PA nie lagi satu hal. Call xangkat pulak. ~__~" Apa ke hey nye? ADOIIII!!.

POLITEKNIK SEKELIAN. NAK BAYAR YURAN TU RASANYA TAK PAYAH KOT SAMAPI 10 BANK. 1 BANK RASA DAH MEMADAI. Kalau bank tu sebelah2 tak kisah la. Ni satu kat hulu. satu ke hilir. SHIT!!

Wednesday 5 June 2013

Sewa Rumah

Hmm. Mana aq nak cekau duit nak bayar sewa rumah tu. Menyesal pulak tolak kerja teti nak bagi tu. Tapi dah aq xmnat. Nak buat macam mana. Hmm. Susah la macam nie. Apa aq nak buat. Tak kan nak pinjam orang kot. Agak2 kalau pinjam teti teti bagi x. Tapi nanti mesti dia nak guna duit tu. Kesian pulak. Hmm. cuba je lah. Ingat kalau xdpt hostel. aq duk rumah tu. aq kerja lah. Lantak  lah papa mama xbagi pun. Kalau dah xcukup nak bagi makan pakai kat rumah nie, cam mana aku nak hidup bayar sewa. dah la mahal. RM 550. Cekik darah betul. bayar bil Internet pun xsampai RM 50 kot. Hmm. Mintak bil kat Tuan Rumah. Biar lah kami bayar sendiri. Kurang sikit RM 50 tu. huh. Kalau lah RM 550 tu masuk bil api air kan bagus. Hmm. Semoga Allah permudahkan. Amin.

May Allah Bless

Tuesday 4 June 2013

Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan

Dah berapa hari dia tak jawab call and message. Tak apa lah. Busy sanagt tu. Nak final kan. Pagi nie, aq last msg dia. Tak nak ganggu dia. Bia lah dia. Lepas ni, hanya air mata yang mampu teman aq. Mampu balas rinduku. Tak pe. Aq cuma nak dia bahagia.

Good luck untuk final ya AKMAL AIZAT. STUDY SMART.

May Allah Bless

Monday 3 June 2013

Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum..

Dia selalu ada.
Dia sabar mmelayan kerenahku
Dia sabar memberi nasihat
Dia selalu mengingatkan benda2 yang wajib
Dia selalu mengucap kata rindu sayang
Tak pernah sekali dengar dia merungut tentang sikapku
Bila sikapku mula kasar
Tak pernah sekali pun marahku
Tak pernah sekali dia off phone
Tak pernah sekali pun dia marah padaku
Tak pernah sekali pun dia meninggi kan suara
Sentiasa berhemah dalam berkata2
Sentiasa bersabar
Sentiasa membuatku tersenyum kembali
Sedaya upaya dia mengusikku agar aku mampu senyum dan gelak

DIA..
Tak pernah sekali pun aku dengar dia merungut

Kadang kala
Sikap dia juga menyakitkan hati
Sentiasa lupa pada janji untuk call semula
Sentiasa membuatku terasa hati
Membuatku keluh kesah menanti panggilan dia
Menanti dia merinduiku seperti dia katakan
Menanti untuk dia memulakan semuanya

Aku?
Selalu merungut
Selalu menyusahkan dia
Selalu ganggu dia
Tak pernah nak faham dia
Sentiasa membuat dia dalam keadaan sebersalah

Tapi
Aku perlu faham dia study
Bukan kerja yang pada waktu malamnya terluang untukku
Tak lama lagi dia final exam
Dia perlu fokus supaya pointer dia tak jatuh kali ini

DAN AKU
Perlu bersabar dengan kerenah dia
Seperti mana dia sabar dengan kerenahku
Aku perlu memahami dia
Seperti mana dia memahamiku

SAYANG
Thank you kerana sentiasa ada di sisi diri ini yang seberapa


May Allah Bless