eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Saturday 20 July 2013

Masalah Vs Problems

Assalamua'laikum

Dear sahabat. Mengapa kau berubah? Aku sedih melihat kau jauh berubah. Aku kenal kau yg dulu. Bukan yang sekarang. Aku tahu kau kecewa dengan kakak angkat mu yang sorang tu. Tapi seharusnya kau berfikiran positif. Mungkin kakak angkat mu tidak punyai banyak masa untuk bersama dengan mu. Positif lah wahai sahabat. Jangan lah salahkan dia sepnuhnya. Ya, mungkin silapnya ketika dia lepaskan kau perlahan, dia menganggap yang kau boleh berdiri sendiri. Sahabat, aku tak mampu untuk menegurmu. Aku tak mampu untuk mengubahmu sebagaimana kakak angkat mu mengubahmu. Aku hanya mampu berdoa. Semoga Allah memberikan hidayah kepadamu. Semoga Allah membuka mata dan hatimu. Sedarlah wahai sahabat. 

Aku minta maaf kerana aku terlalu lemah untuk menegurmu. Bukan niatku untuk mencampuri urusan mu. Tapi aku takut dengan apa yang kau buat, aku terkena tempias sekali. Mungkin aku dikira bersubahat di akhirat sana nanti. Berubah lah kembali wahai sahabat. Aku takut pada dosa. Dosa ku sendiri menggunung. Apatah lagi menanggung dosamu yg mungkin aku dikira bersubahat. Allah melaknat segala tindakanmu. Sedarlah. Aku nak masuk syurga bersama2 sahabat2 ku.

Ya Allah, bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalanMu. Berikan lah hidayah Mu kepadanya. Kau perkenankanlah doa2 ku. Amin.

Aku sedih sahabat. Jika kau mengasihani aku, jika kau menyayangi ku sebagai sahabat mu, tolonglah sahabat mu ini. Semoga Allah permudahkan segalanya.

May Allah Bless

No comments:

Post a Comment