eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Monday 29 April 2013

For You Aizat

Sayang,

This entry is for you. You such a wonderful person to me. Selalu sabar dengan sikap anje. Anje selalu angin kan. Anje tawu ayang sabar je. Boleh pujuk anje. Anje tawu semua tu. Anje try to cool down my temper. Learn how to control it. Banyak sangat Syaitan kan.

Ayang,

Thank you for being my partner. Hope this relationship will end with something sweet. Hope we married soon. Hope you will become my partner life in this world. Thank you for be patient person for me.

Anje harap anje lah tulang rusuk ayang. Kalau anje bukan, anje harap ayang kuat. There's someone is better than me out there. Allah Maha Mengetahui. He know's what's the best for you. Always have faith on Him. Jangan sebab cinta ayang 'halalkan' apa2 yang haram. Love Him then your parents more. Cinta dunia ni cinta Fitrah. Cinta Allah cinta yang kekal.

Thank you again sayang.

May Allah Bless

Santapan Minda



Ali bin Abi Talib r.a berkata:

"Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:

"Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *


* Wassalam, *


c&p from somebody fb


May Allah Bless

Sunday 28 April 2013

Change Myself

Assalamualaikum,

When a part of myself want to change. I should do it slowly and steady. Not every people can change on the spot. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku. bulan depan dah Rejab. Lepas tu Sya'ban then Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Betul cakap ustazah aku dulu. Orang dulu2 zaman nabi semua suka bila Ramadhan datang dan sedih bila Syawal menjelang. Sekarang aku dah rasa kemanisan Ramadhan. Tak sabar rasanya nak masuk bulan Ramadhan. Ustazah kata pahala kita berlipat kali ganda. Paling best terawih. Yela, terawihkan bulan Ramadhan je. pahala bulan Ramadhan bertambah dengan amalan sunat Terawih. kan? dengan puasa lagi. tu belum masuk mengaji Al-Quran. haih. Banyak betu pahala. mudah-mudahan aku sempat sampai ke bulan Ramadhan. Semoga aku dapat ubah diriku menjadi yang lebih baik sekarang. 

Paling penting aku nak sangat ubah sikap baran aku nie. Sekarang nie aku just diam je kalau baran aku datang. Dah lama aku tak menjerit pada somebody. Tak kisah la kalau adik2 ke. haha. Jahat giler aku. hari nie aku baru je sampai rumah sewa aku. 3 hari aku duduk rumah kat Ipoh tu, aku punya marah tu macam ok sikit. kalau tak, aku mesti nak marah adik aku yang bongsu. aku dengan dak kecik tu bukan boleh ngam. macam anjing dengan kucing. huhu.

Lastly, semoga Allah permudahkan urusanku. Hanya padaMu ku bersujud.




May Allah bless.

Thursday 25 April 2013

amalan and teguran

assalamualaikum.

Hmm. Just wondering, betul ke teguran kita dekat orang tak akan jadi kalau kita sendiri yang buat benda tak senonoh? Kita buat amalan macam solat, mengaji, selalu dengar zikir, dengar ayat suci Al-Quran tapi bila kita orang lain suruh solat orang tu liat sangat. dia dengar cakap kita. nak ikut tapi liat. kalau buat pun bukan sebab Allah, sebab orang tu yang suruh buat. Boleh jadi ke macam nie?

Dah lama perhati jugak dia nie. Benda yang dia orang lain buat, orang lain tu macam susah je nak buat. Hmm. Related or not? ~__~?


May Allah Bless

malang nya nasib

apa la malang nasib aku hujung2 sem ni. HOUSEMATE AKU TAK NAK BAYAR HUTANG LAAAA WEEYYHH...!!!! memandangakan timbul dekat twitter nanti akan kecoh maka nya sini jugak tempat aku nak luah. Kawan aku semua dah tahu which i mean is El dengan Lilo. Cuma tak puas hati la dia tak bayar. Tawu tak, petang dia keluar. boleh kata dekat aku nak pergi cari makanan. Balik2 aku tengok KFC laaaa weyyhh. Aku nie? Makan tengah hari tadi pun si El yang support. nampak tak aku dah tak ada duit. AARRGGHHH.~~~ Rase nak menangis jer...

Mama. tengok la anak mama nie. orang hutang dengan akak dia xnak bayar. sedangkan duit dah masuk. hurm. Tu baru baru hutang rumah ma. belum hutang duit project lagi ma. Buat project xde keuntungan pun. sedihnya. terbang 5 ringgit akak macam tu je.

hurm. sedih. berserah je lah.

May Allah Bless

between 'kawan' and sahabat

ada beza ke kawan dengan sahabat? mesti tertanya2 kan. mesti la ada beza. kawan ni just kawn. kawan suka2 je. time kita senang dia ada lah. berbeza dengan sahabat. time kita susah or senang. mesti dia ada. cuba korang nilai balik kawan2 korang. tak payah nilai pun tak apa. just see what they do for you. 

Aku ada dua orang sahabat. walaupun dua, aku sayang lebih sikit kat sorang lagi ni. sorang nama dia izzah eleena. nama macam dalam ombak rindu dengan cite nora eleena kan. dua2 watak nie berlakon dengan Aron Aziz kan. hehe. back to the story. aku panggil dia El je. perangai dia giler2. best je kawan dengan dia. lagi sorang Nurdiyana Nadirah. aku panggil dia Lilo. Kenapa Lilo? sebab dia suka dengan kartun Stich. Ada Stich mesti la ada Lilo kan. huhu.

 Dua2 orang sahabat nie time aku susah mesti ada. kalau time aku susah diaorang tolong pape yang dorang mampu. hidup kat tempat orang nie susah. xsenang pun. jauh dari family. kebanyakan nya susah duit habis. aku duit habis hujung sem. tengah2 sem tu aku still boleh hidup lagi sebab dengan duit PT aku. syukur anak orang susah macam aku boleh hidup dengan duit PT. asal la ramai nak sangat mansuh PT. lau mansuh PT, lagi ramai orang stupid kat Malaysia nie sebab tak mampu nak belajar. eh. keluar topik dah. haha.

Erm. nak tengok gambar sahabat aku nie? ada bawah ni.. skroll ke bawah yer. hehe.


dari kiri : El, Tiqah, Lilo, Me and lastly Kak Irfa.

walaupun aku rapat dengan kak Irfa. dorang tetap best friend aku. akak selalu keluar lau hujung minggu. memang tak la nak hang out dengan akak. haha. (mati aku lau dia baca nie) tiqah pulak? entah. haha. hanya kami berempat jer tawu. haha. aku, pape hal mesti El or akak or Lilo jadi mangsa. kesian dorang. haha. benda yang aku tak cerita kat housemate aku cerita kat dorang.

For the conclusion, they are the best friens I've ever had. thank you for being my Friend.

p/s : hentah hape hape la yang aku merepek kat atas nie. haihh... ~___~"

May Allah Bless.

Wednesday 24 April 2013

IBADAH

Is it okay when posting something like "okay. stop dulu. nak solat kejap" or post a 'doa'? just wondering. What if when we post that, it's like that we want to show off like 'riak'? You want to all over the world know that awak memang orang yang kuat solat? If your niat tu baik, hanya Allah yang tahu. But, my opinion tak payah kot post something like that. Maybe you should post something petikan daripada hadis maybe, or maybe something from Al-Quran. benda yang boleh menyedarkan, mengajak. tak payah kot post yang awak nak pergi solat. tu awak pergi buat benda baik. orang baca in their thought just 'okay pergilah' or maybe they just like the post. tak ada niat nak ikut sekali. kan? erm. doa pulak. tak payah kot letak doa. maybe just say 'semoga Allah permudahkan segalanya' or something related to it. But, outside from it, we've pray what. with those word we post, orang still can amin it. right?

saya cetek ilmu lagi. perlu rujuk pada ustaz jugak kan. this is what in my thought. ^__^

May Allah Bless.