eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Sunday 4 May 2014

Puasa Rejab

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai puasa hari ini.. baru tiga hari aq puasa.. hari pertama rejab.. semalam dan hari ini.. hari kedua ponteng.. hehe..

pejam celik pejam celik mata ni, rupanya Ramadhan dah nak dekat.. aura Ramadhan pun dah lama dira rasa sejak sebulan dua lepas.. malam-malam bulan Ramadhan kan Terawih.. sebulan dua ni, malam-malam dira rasakan seperti di bulan Ramadhan.. dah masuk bulan Rejab dan puasa ni lagi lah terasa.. tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan.. wish that Ramadhan all the year.. tak ada kesudahan.. bulan penuh keberkatan.. penuh keampunan dari Allah SWT..

Pahala yang berlipat kali ganda kalau kita beribadat.. manis nya Ramadhan.. semoga Allah panjangkan umurku untuk sampai ke bulan Ramadhan tahun ini.. Amin

Saturday 3 May 2014

Story...

fuh fuh fuh.. psstt.. berhabuk kan.. haha.. lama xblogging.. busy weyh.. tak teringat langsung ada blog.. coi.. haha..

penat final year nie.. kene buat leklok untuk pass.. haha.. (padahal memain jugak dira nie).. sekarang nie cuti semester..dira ada satu semester lagi.. semester tu kene pergi praktikal.. susah nak cari rupanya.. last minit cari.. memang la susah.. kebanyakannya semua dah full.. dira hantarlah bebanyak permohonan hari tu.. dah fed up sangat.. kih3.. tak tahu la sangkut ke tak.. haha.. sebab last punya company tu dira call.. nama company tu PUSAKA RUNDING.. tanya dia ada ambil student praktikal tak.. dia kata ada terus hantar borang segala.. tak sangka pula cepat dia proses.. esoknya dah dapat jawapan.. tengok masa faks dia.. pergghh weyhh.. dira call pukul dua lebih.. masa faks tu tertera 3.48pm.. fuyoo.. haha.. alhamdulillah.. rezeki praktikal di ipoh juga.. lau tak memang mati la cek nak praktikal kat KL atau Shah Alam.. kos hidup tinggi.. huhu..

jawapan dari company tu memang ngam dengan hari last day final semester exam.. lepas tu esoknya ada Hi Tea untuk pelajar semester akhir.. terasa istimewa pulak diri ni dan budak-budak satu batch.. mungkin terbaik kot.. ada lecturer yang office nye aras 2.. boleh kata semuanya best2.. rindu kat mereka.. ada dua orang dalam office tu dira punya penasihat akademik.. sayang mereka.. PA terbaik..

majlis Hi Tea berjalan dengan agak lancar juga.. agak santai.. VVIP kami pun kami kenal dan agak rapat.. Pn Mazana Ismail.. dia ketua program.. dira punya lecturer yang mengajar Water and Wastewater Engineering untuk sem ni.. dia bagaikan ibu sebab tiap kali masuk kelas dia mesti bagi tazkirah.. paling dia tekankan bab sembahyang subuh.. almaklumlah kelas dia pepagi.. pukul 8.00 pagi kelas dia setiap hari selasa dan jumaat.. huhu.. sape yang tak sembahyang tu, dia suruh pergi qada'.. huhu.. En Zulhasdee.. walaupun dia tak pernah mengajar dira dan sebahagian budak kelas DKA5A.. tapi dia seorang Ketua Jabatan yang baik dan peramah.. dia tak lah garang dan tak lah formal.. sedang-sedang saja.. alangkah beruntung dira dikelilingi lecturer yang baik hatinya..

DKA 5A in memory
(korum tak cukup)

untuk majlis Hi Tea, dira jadi MC majlis.. kalau ikutkan ada dua MC.. tapi memandangkan yang lagi sorang tu lambat macam siput.. dira sorang je lah.. alhamdulillah.. tak lah takut sangat.. semangatnya adalah.. kita just perform depan kawan-kawan yang dah kenal.. pensyarah-pensyarah yang hampir semuanya kenal.. hampir semuanya mesra.. jadi tak adalah kekok sangat.. alhamdulillah.. for the first time jadi MC untuk majlis seumpama itu.. huhu.. masa majlis berlangsung.. ada satu slot tayangan multimedia.. setiap kelas kena hantar satu video untuk tayangan.. masa video kelas dira.. agak sentap sikit.. hehe.. macam-macam berlaku sepanjang 2 tahun setengah ni.. suka duka.. hope that one fine day we will be gathered together for reunion.. starting to miss you guys.. apa yang dira paling miss adalah kita punya argument.. haha.. asyik gaduh je.. dira tak kisah pun.. sebab itu kenangan untuk kita..

DKA 5A.. Guys.. Thanks for the memory and being my classmate for these 2 and half year.. Wish all of you good luck.. to all lecturers.. thank you for lecture us.. jasamu dikenang..

guys.. our memory.. thanks again..

no caption.. kiri salam blakang aiman, me and hajar


kegilaan selfie sebelum berpisah
*credit to hajar

final year project peresentation day

me and kak irfa

me and nurul
*rindu budak ni.. cepat lah balik dari pulapol.. nak lepak sekali ni..

hari melawat bangunan go green
*bergambar besama PA

me and eleena
*miss this girl.. hope we will be fine and meet someday

me, pn mazana, kak ina and syidah during class wastewater
*a good memory to keep

classmate
*waktu ni tengah giler berkamera.. haha



p/s : kawan-kawan doakan dira lulus semua untuk semester ini.. cuak jugak nie.. 


Monday 3 February 2014

Life of Final Year Project

Assalammualaikum

Olaa.. huhu.. Hari dah pukul 12 pun aku tulis entry ni. Mengantuk tetiba lak menjengah. Entah kenapa rasa nak menulis lak malam ni.. Bosan sangat kot.. Dah lama tak menulis entry.. Kekangan masa puncanya.. Aku dah semester 5.. Dah nak habis dah dekat poli.. Sem depan insyaallah aku pergi praktikal.. Hmm.. Aku tengah pusing pasal projek akhir aku ni.. Buntu dah nak buat macam mana.. Okay.. Cerita dia macam ni..

Aku buat pasal Transfer Station  dekat Taman Beringin KL tu.. Yang menjadi kebuntuan aku melanda apabila penyelia aku nak seluruh data sampah di Kuala Lumpur.. Aku terasa macam lari tajuk pulak.. Kalau ikut logik aku la kan, sepatutnya data sampah or solid waste keluar masuk dari Transfer Station je yang aku perlukan untuk kajian aku ni.. kalau sampah KL aku nak ukur, kenapa data sampah dekat Tg. Malim je aku tak kumpulkan kan.. Pening aku dah..

Lepas tu hari tu buat survey, aduss punya la payah nak dapat kerjasama orang KL ni.. Tahu la kome sibuk.. Atenye kita minta sikit je masa untuk isikan borang survey kami ni haa.. lepas tu kami blah la.. Kami bukannya menjual barang or PENIPU yang cari makan kat KL tu.. aduhh.. sempit betul pemikiran korang.. be open la..

Haih... lama-lama aku boleh giler bila fikirkan sikap rakyat Malaysia ni.. kang kata sombong marah kita pula.. Sedih.. (_ _ )

Ahli group aku pulak, ada sorang ni bermasalah betul lah.. Kalau nak suh dia buat kerja, time jumpa dengan penyelia ada lah.. bagi idea? idea pekebendanya.. idea orang dok cilok.. ulang balik.. buat apa.. kang kata tunjuk pandai, memang pun tunjuk pandai.. suh buat lain, lain yang dibuat nya.. leave group lagi bagus.. buat semak je.. nak busy sangat dengan aktiviti kau tu buat apa.. kalau datang belajar.. buat la cara belajar.. dah kau nak memberat ke belah situ buat apa.. berhenti je lagi bagus agaknya.. tak berani nak habaq dekat mak ke? Jaga sikit hati orang tua tu.. Dia dah lahirkan kita.. dan memang wajib pun kita dengar cakap dia.. bila kau nak berubah..? haih.. jangan salah kan aku kalau dah memang aku menjauh dari kau.. itu salah kau sendiri.. GRR!!!

haha.. sedap pulak memarah orang kan..aduuhh..penat pulak.. tension pun sama..huhu..

Aku harap sangat projek akhir aku ni dapat berjalan dengan lancar dan aku harap masa pembentangan nanti berjalan dengan lancar.. aku takut sangat bila memikirkan yang tarikh nya semakin dekat.. aku harap sangat orang DBKL tu bagi kerjasama.. En hairul.. harap beri kerjasama lah.. hari tu En dah berjanji nak tolong kami.. kami minta tu je En.. Lepas tu tak kacau En dah.. sekejap je..lepas bulan 10/3/2014 kami tak kacau En dah.. TOLONG LAAHH..!!!

HAIH..... Doakan lah aku yer kawan-kawan.. Aku risau sangat ni.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin..

Sampai sini je lah luahan perasaan aku..ahaks.. thanks sudi baca..

May Allah Bless..

Saturday 20 July 2013

Masalah Vs Problems

Assalamua'laikum

Dear sahabat. Mengapa kau berubah? Aku sedih melihat kau jauh berubah. Aku kenal kau yg dulu. Bukan yang sekarang. Aku tahu kau kecewa dengan kakak angkat mu yang sorang tu. Tapi seharusnya kau berfikiran positif. Mungkin kakak angkat mu tidak punyai banyak masa untuk bersama dengan mu. Positif lah wahai sahabat. Jangan lah salahkan dia sepnuhnya. Ya, mungkin silapnya ketika dia lepaskan kau perlahan, dia menganggap yang kau boleh berdiri sendiri. Sahabat, aku tak mampu untuk menegurmu. Aku tak mampu untuk mengubahmu sebagaimana kakak angkat mu mengubahmu. Aku hanya mampu berdoa. Semoga Allah memberikan hidayah kepadamu. Semoga Allah membuka mata dan hatimu. Sedarlah wahai sahabat. 

Aku minta maaf kerana aku terlalu lemah untuk menegurmu. Bukan niatku untuk mencampuri urusan mu. Tapi aku takut dengan apa yang kau buat, aku terkena tempias sekali. Mungkin aku dikira bersubahat di akhirat sana nanti. Berubah lah kembali wahai sahabat. Aku takut pada dosa. Dosa ku sendiri menggunung. Apatah lagi menanggung dosamu yg mungkin aku dikira bersubahat. Allah melaknat segala tindakanmu. Sedarlah. Aku nak masuk syurga bersama2 sahabat2 ku.

Ya Allah, bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalanMu. Berikan lah hidayah Mu kepadanya. Kau perkenankanlah doa2 ku. Amin.

Aku sedih sahabat. Jika kau mengasihani aku, jika kau menyayangi ku sebagai sahabat mu, tolonglah sahabat mu ini. Semoga Allah permudahkan segalanya.

May Allah Bless

Friday 5 July 2013

In Class

Assalammu'alaikum

This week dah start kelas. Technically last week. But I prefer this week coz this week the TEACHING AND LEARNING is started. haha. Ingat2 balik macam kelam kabut jep. Funny. First, final project. Like crazy to think what to do. My group have 7 topics to purpose to our supervisor. Unfortunately, our topics did not get approval. Our supervisor want us to do case study. Case study?Hmm. It's okay to me because not everyone do this kind of topic. The problem here is, what case we want to study? The supervisor need us to prepare 6 topic each and everyone of us. Erk?! (_ _ )" MASAK!!!! Next week, Friday (12/7/2013)!!

Next, the class just fine. But not for me coz in the mood of holiday. Lazy. haha. Each class i will sleepy. Maybe to boring or not in the mood to study. I've this one class. Design class. First its really bored. Nasib baiklah tak ada final exam. If not, I'm DEAD! Then, I started to love it coz it's have calculation. The 'best' part is, meja akan berterabur or in other word, penuh macam xcukup meja. Kelam kabut sebab ada dua buku kene buat rujukan. Crazy. Nut. haha.





If this I need to sacrifice for being and engineer, I will do this. I will. This is my dream. Kalau masuk final exam ni, harus lah jadi subject paling killer. Jalan kerja dia panjang sangat. Ada lah dalam 2 - 3 paper. Ni baru first topic. Tak tahu lah topic lain. (_ _ )"

Uhh. Another subject is killer to. Structure analysis. Like Mechanic Engineering subject in Sem 2. In sem 2, blaja benda basic. This subject more advance. ERK!! haha. Tak apa. Ada minat. Boleh buat. Insya' Allah. Semoga Allah permudahkan urusanku dan permudahkan jalanku untuk capai cita-citaku. Hopefully I will survive and graduate on time. Can't wait untuk sambung ke degree. Insya' Allah.

May Allah Bless

Tuesday 2 July 2013

Bermusuh, Dendam, Kutuk-Mengutuk

Assalamualaikum

Uik, tengok tajuk pun dah rasa macam apa je kan. ahaks. Takde lah. Saja wujudkan entry ni sebab kan, orang keliling aku nie semua macam berdendam or macam tak puas hati saja. Same goes to me. But I want to control this anger, dendam or what so ever yang berkaitan.

Penat taw nak control perasaan ni semua. Walaupun kita dah lepaskan marah tu kat orang kita marah or dendam, Kita still rasa sakit. Tawu mana datang sakit tu? Sakit yang diri sendiri buat. Cari nahas. Kan? ahaks.

Dalam Islam pun tak suka orang bermusuhan, berdendam or what so ever yang berkaitan. Benda ni semua penyakit 'Setan'. Kalau kita marah or berdemdam or what so ever, 'Setan' tu mesti la melompat2 terkinja2 sebab mampu or boleh buat anak cucu adam ni bercakaran sesama sendiri.

So marilah kita sama2 kontrol semua perasaan yang negatif supaya kita boleh hidup secara sihat dan aman sentosa. Tak payah berdendam bagai ni. Buat sakit diri sendiri balik buat apa kan. Lantak dia lah nak buat apa pun kat kita kan. Allah tak turunkan ujian kepada hambanya yang tak mampu untuk pikul. Janji Allah itu pasti untuk orang2 yang bersabar. Insyaallah.

p/s: Puasa nak dekat. Persiapan macam mana. (^_^)

May Allah Bless

Wednesday 26 June 2013

#1 Review

Assalamualaikum

Entry nak saya nak tulis pasal apa saya baca on paper this late evening. Pasal kes pencerobohan dekat Lahad Datu dulu. Nak tanya korang, korang sayang tak country kita? Mesti sayang kan? Lepas tu, korang nak ke Amerika jajah kita? Nak ke jadi macam zaman penjajah dulu? Mesti tak nak kan.

Sedih. itu yang saya baca artikel tu. Tajuk dia 'Bocor Maklumat kepada musuh' from harian metro. Ini sikit petikan dr artikel tu.

"Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, Koperal Hassan Ali Basari memaklumkan kepada Datu Amirbahar Kiram mengenai rancangan pihak berkuasa Malaysia menyerbu lokasi pengganas selepas perbualan antara ‘Menteri Pertahanan’ itu dengan Raja Agbimuddin Kiram berjaya dipintas."

 Koperal kot. Tak malu. bocor maklumat rahsia negara dekat musuh. patut la lama orang Sulu tu duduk kat sini. La hai. Berape la kene suap tu agaknya ye? Artikel nie adalah dalam mahkamah diantara peguam dan saksi tu. It's a dialog. Saksi nie kerja dekat Cawangan Khas Bukit Aman, KL. Kerja dia ni buat pintasan komunikasi dan buat terjemahan kalau perlu lah. Lepas tu faham bahasa 3 bahasa termasuk bahasa Sulu lah.

Peguam tanya2 dan ada dua tiga rakaman yang dah diproses or dah dibuatkan report la, dia baca. ada satu rakaman nie buat bulu roma aq naik. Part dalam rakaman tu macam ni, " USA memang mahu menghancurkan negara kita yang sedang meningkat maju." Uhh.. USA kot. Bukan nak kata takut. Takut tapi xdelah melebihi dr takukan Allah. Bayangkan negara kita huru hara. Uhh, teruka nye lah. Sedih. Kenapa la orang sekarang tak nak fikir baik buruk. Macam suka sangat hidup dalam huru hara. Tak suka eh duduk dalam keadaan aman sentosa nie ye.?

Bersyukur lah kita sebab negara kita bebas dan tak ditawan or dijajah mana2 pihak pun. Kan elok macam ni sampai bila2. Korang ingat buat perhimpunan tu semua boleh jamin ke korang selamat? Boleh dapat hak korang tu? Think wisely. Janji2 kita pun mesti la kene pebuhi. Kalau tak munafik orang tu. Kalau dia pemimpin, tu pemimpin munafik lah tu. Tak penuhi Janji dia kepada rakyat. Rakyat sekarang pun, ada pemimpin dah tolong kita dr segi kewangan, dr segi sara hidup, kenapa nak bangkang2 bagai? Kalau tak puas hati, buat something like petisyen ke, surat bantahan ke apa ke. Guna saluran yang betul. Kalau tak jalan pe yang dibuat, Try and keep trying. Kalau Allah nak tolong kita, Allah akan tolong kita. Insyaallah. Fikir lah yang positif.

Anak2 muda sekarang pun semakin kurang ajar dan kurang adab sopan kan. Ini lah penyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan negara kita. Panas baran. kontrol sikit. bukan susah pun. Guna je "Istighfar" kan senang je.

Hmm. Fikir2 kan lah. Selalu fikir positif. Bukan nak fikir negatif je. Lepas tu fikir balik, apa yang kita buat segala bagai huru hara tu selamat ke negara? Adalah musuh dalam selimut kita or duri dalam daging yang tggu masa je nak bagi maklumat dan buka laluan masuk ke negara kita macam lelaki yang dah bocorkan maklumat negara kita nie dekat Sulu. Renung2kan lah.

May Allah Bless