eya saja...

assalamualaikum pembuka

bicaraku....

nama ku nur nadhirah izyan..

umur kira sndri lah...nie tarikh.. 22.8.1993 hehe...

this blog is about my life..

my world...

and my music..


Monday 3 February 2014

Life of Final Year Project

Assalammualaikum

Olaa.. huhu.. Hari dah pukul 12 pun aku tulis entry ni. Mengantuk tetiba lak menjengah. Entah kenapa rasa nak menulis lak malam ni.. Bosan sangat kot.. Dah lama tak menulis entry.. Kekangan masa puncanya.. Aku dah semester 5.. Dah nak habis dah dekat poli.. Sem depan insyaallah aku pergi praktikal.. Hmm.. Aku tengah pusing pasal projek akhir aku ni.. Buntu dah nak buat macam mana.. Okay.. Cerita dia macam ni..

Aku buat pasal Transfer Station  dekat Taman Beringin KL tu.. Yang menjadi kebuntuan aku melanda apabila penyelia aku nak seluruh data sampah di Kuala Lumpur.. Aku terasa macam lari tajuk pulak.. Kalau ikut logik aku la kan, sepatutnya data sampah or solid waste keluar masuk dari Transfer Station je yang aku perlukan untuk kajian aku ni.. kalau sampah KL aku nak ukur, kenapa data sampah dekat Tg. Malim je aku tak kumpulkan kan.. Pening aku dah..

Lepas tu hari tu buat survey, aduss punya la payah nak dapat kerjasama orang KL ni.. Tahu la kome sibuk.. Atenye kita minta sikit je masa untuk isikan borang survey kami ni haa.. lepas tu kami blah la.. Kami bukannya menjual barang or PENIPU yang cari makan kat KL tu.. aduhh.. sempit betul pemikiran korang.. be open la..

Haih... lama-lama aku boleh giler bila fikirkan sikap rakyat Malaysia ni.. kang kata sombong marah kita pula.. Sedih.. (_ _ )

Ahli group aku pulak, ada sorang ni bermasalah betul lah.. Kalau nak suh dia buat kerja, time jumpa dengan penyelia ada lah.. bagi idea? idea pekebendanya.. idea orang dok cilok.. ulang balik.. buat apa.. kang kata tunjuk pandai, memang pun tunjuk pandai.. suh buat lain, lain yang dibuat nya.. leave group lagi bagus.. buat semak je.. nak busy sangat dengan aktiviti kau tu buat apa.. kalau datang belajar.. buat la cara belajar.. dah kau nak memberat ke belah situ buat apa.. berhenti je lagi bagus agaknya.. tak berani nak habaq dekat mak ke? Jaga sikit hati orang tua tu.. Dia dah lahirkan kita.. dan memang wajib pun kita dengar cakap dia.. bila kau nak berubah..? haih.. jangan salah kan aku kalau dah memang aku menjauh dari kau.. itu salah kau sendiri.. GRR!!!

haha.. sedap pulak memarah orang kan..aduuhh..penat pulak.. tension pun sama..huhu..

Aku harap sangat projek akhir aku ni dapat berjalan dengan lancar dan aku harap masa pembentangan nanti berjalan dengan lancar.. aku takut sangat bila memikirkan yang tarikh nya semakin dekat.. aku harap sangat orang DBKL tu bagi kerjasama.. En hairul.. harap beri kerjasama lah.. hari tu En dah berjanji nak tolong kami.. kami minta tu je En.. Lepas tu tak kacau En dah.. sekejap je..lepas bulan 10/3/2014 kami tak kacau En dah.. TOLONG LAAHH..!!!

HAIH..... Doakan lah aku yer kawan-kawan.. Aku risau sangat ni.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin..

Sampai sini je lah luahan perasaan aku..ahaks.. thanks sudi baca..

May Allah Bless..

No comments:

Post a Comment